Itulah antara kata-kata daripada pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ketika dibawa keluar dari bilik reman Mahkamah Pe­taling Jaya di sini semalam.

Sofi Jikan atau nama sebenar­nya Mohamad Shoffi Jikan, 48, ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd. Ishak terhadap pelakon yang terkenal de­ngan ‘tag line’ kasi sengat itu.

Sofi Jikan yang berasal dari Terengganu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau ke­dua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun jika sabit ke­salahan.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.