Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli dengan nada tegas berkata, pihaknya tidak ingin sekali 4,000 koperasi tidak aktif berkenaan dimatikan atau dinyahsenaraikan.

"Satu pembaharuan perlu dilakukan termasuk melibatkan senarai jawatankuasa dan keahliannya.

"Terdapat pelbagai faktor menyebabkan koperasi ini kurang aktif seperti kadar pulangan saham dan keuntungan yang rendah, kelemahan pengurusan yang mendorong kemerosotan ahli.

"Koperasi ini perlu keluar daripada pemikiran lama iaitu hanya memberikan kemudahan pinjaman kewangan semata-mata tetapi menceburi bidang pembuatan, infrastruktur dan platform perdagangan elektronik iaitu e-dagang.

"Ini kerana ramai ahli perniagaan yang menjana kekayaan yang lumayan menerusi bidang-bidang tersebut," katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Hari Keusahawanan sekolah menengah itu.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail dan Pengetua SMK Tengku Suleiman, Ayub Ahmad. - K! ONLINE