Beliau berkata, perbincangan mengenai skim yang komprehensif itu memasuki peringkat akhir dan bakal diperluaskan kepada kategori lain termasuk untuk golongan isi rumah berpendapatan pertengahan (M40).

Beliau menambah, kementerian sedang membuat perincian, penelitian dan penjelasan berhubung beberapa perkara termasuk sumber kewangan untuk membiayai skim itu sebelum dimasukkan ke dalam Bajet 2019. 

Ia masih melibatkan proses perbincangan dan penyelarasan bersama pihak kementerian, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan berhubung beberapa isu penting.

"Saya mahu skim  ini diteliti sebaik mungkin sebelum ia dibentangkan kepada umum," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini. - Bernama