Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada perbezaan dari segi layanan terhadap orang tertentu kerana ia menjadi kelaziman untuk melayan tahanan awam mengikut prosedur termasuk melakukan inkues jika berlaku kematian dalam tahanan.

“Saya ingin jelaskan unsur-unsur yang nampak seperti mendera dan sebagainya (tahanan kes skandal 1MDB) tidak boleh dilakukan. Mereka perlu disiasat secara munasabah dan bukan­nya pada pukul 4 atau 5 pagi atau disiasat dalam bilik gelap. Ini bukan amalan polis.

“Seperti yang kita tahu, undang-undang yang digubal semasa pentadbiran Najib mengenai ke­selamatan negara akan menyebabkan orang awam yang ditangkap tidak akan di bawa ke mahkamah dan jika mereka meninggal du­nia ketika dalam tahanan, tidak akan ada sebarang inkues atau siasatan akan dilakukan,” kata beliau pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.