Program anjuran bersama Kelab Doktor Muda sekolah terbabit berjaya meraih rekod tersebut apabila mendapat penyertaan sebanyak 2,098 orang murid yang terdiri daripada murid tahun dua hingga enam.

Pengiktirafan tersebut di­sampaikan oleh wakil MBOR, Siti Hajar Johor, kepada Guru Besar SK Sungai Binjai, Roslan Zakaria sambil disaksikan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Roslan dalam ucapannya berkata, pihaknya mengambil masa hampir enam bulan bagi menjayakan program yang bersejarah itu termasuk perancangan dan latihan.

"Alhamdulilah, akhirnya segala perancangan kita selama enam bulan ini tercapai dan saya berterima kasih kepada semua warga SK Sungai Binjai yang telah bertungkus lumus menjayakan program bersejarah bagi sekolah ini.

"Program yang kita anjurkan ini adalah bertujuan mempromosikan kepentingan kesihatan dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat,"katanya.

Tambah Roslan, program itu juga adalah sebahagian langkah mempromosikan Kelab Doktor Muda sekolah itu diperingkat antarabangsa serta meningkatkan keyakinan mereka dalam aktiviti di peringkat tertinggi. - K! ONLINE