Bahanordin atau lebih dikenali sebagai Abang Bard merupakan individu yang bertanggungjawab menguruskan kerjaya nyanyian penyanyi lagu Anta Permana itu sejak usia beliau belasan tahun.

Menerusi kemas kini di Instagram, penyanyi lagu Anta Permana itu memohon kepada Allah supaya roh Abang Bard sentiasa berada dalam perlindungan-Nya.

“Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya dan limpahkan rahmat kepadanya.

“Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan azab api neraka,” tulis Siti.

Dalam pada itu, Siti turut meletakkan tanda pagar #AbgBarddalamingatan.

Jenazah dibawa ke Masjid As Sobirin, Lembah Keramat pada pukul 9 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Taman Permata selepas Zuhur.

Meninggal pada usia 53 tahun, arwah pernah menguruskan beberapa artis popular lain antaranya Liza Hanim, Tomok, kumpulan 2 By 2 dan Datuk Seri Rossa ketika mengadakan rangka promosi di Malaysia. - K! ONLINE