Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, IMAMS yang dirangka pada November lalu digunakan untuk memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah dan ziarah daripada menipu para jemaah.

Menurut beliau, melalui sistem itu juga aktiviti pemantau, penyiasatan dan penguatkuasaan pengendalian pakej umrah yang berada di pasaran secara sistematik dan teratur.

“Mulai hari ini sistem IMAMS adalah satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa umrah yang akan di proses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.

“Kerajaan Malaysia turut mendapat persetujuan dan sokongan pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur ke atas pelaksanaan Lesen Khas Umrah dan penggunaan sistem IMAMS ini,” katanya. - K! ONLINE