Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Ismail Yusop berkata, data pengundi di setiap negeri akan dimasukkan ke dalam tablet yang digunakan mengikut kawasan pengundian dijalankan.

"Contohnya, proses pengundian pemilihan PKR yang akan bermula di Kelantan, programmer yang dilantik akan memasukkan data pengundi di Kelantan sahaja. Apabila selesai, data itu akan dikeluarkan dan data pengundi dari negeri lain pula akan dimasukkan.

"Sistem e-voting ini bukan online voting dan tidak semudah itu untuk dimanipulasi. Sistem  ini tidak boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Google Play Store dan Apple App Store," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Liputan Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini. 

Ismail berkata, pihaknya sentiasa menjalankan ujian terhadap sistem e-voting itu bagi mengenal pasti sebarang masalah yang ada supaya dapat dikemas kini sebelum berlangsung pemilihan PKR pada 20 September ini. - Bernama