Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, sistem tersebut yang kini hanya beroperasi bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak 2017 sedang dibangunkan di Perak.

Menurut beliau, kerja membangunkan sistem tersebut di Perak telah mencapai kemajuan pada tahap 20 peratus. 

“Sistem ini rumit, jadi kerja-kerja membangunkan sistem dan pemasangan perkakas ataupun infrastruktur berkaitan di Perak akan memakan masa kerana ia melibatkan 19 lokasi. Tidak seperti di Kuala Lumpur yang mempunyai satu lokasi sahaja.

“Kita jangkakan e-Tanah boleh digunakan di Perak pada 27 Julai depan. Selepas ia beroperasi di Perak, kita akan mulakan kerja-kerja pembangunan sistem itu di Terengganu dan Selangor,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini dan diberikan penerangan mengenai sistem tersebut. - K! ONLINE