Affendi berkata, penggunaan sistem itu bertujuan mengelak sebarang unsur sabotaj di kawasan pameran memandangkan dron merupakan satu ancaman bukan konvensional.

Katanya, buat masa ini, pihaknya bersama sebuah syarikat pertahanan tempatan telah membangunkan sistem berkenaan.

“Sistem ini telah dicuba pada Eksesais Paradise 5/18 yang berlangsung selama 14 hari bermula 21 Oktober lepas.

“Melalui sistem ini, komunikasi daripada pengendali dron ke sistem dapat dimatikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Eksesais Paradise 5/18 di Pangkalan TUDM Gong Kedak di sini hari ini. - Bernama