Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, jumlah itu adalah caruman 240,077 majikan berdaftar sejak skim berkenaan dilancarkan pada 1 Jan lepas.

Katanya, menerusi skim yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu,  walaupun belum sampai tempoh matang, untuk bulan pertama sahaja bayaran faedah sebanyak RM802,800 telah diluluskan kepada pemohon yang layak.

"Saya ingin menjelaskan sebenarnya pembayaran atau tarikh matang untuk dapatkan bayaran atau faedah pertama ialah pada 1 Jan 2019, akan tetapi atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional telah  memperuntukkan RM122 juta untuk pastikan sistem ini amat berkesan.

"Dengan peruntukan begitu banyak setakat ini hingga 28 Feb lepas walaupun belum sampai tempoh matang (daripada) pemohon seramai 2,471, pembayaran diluluskan (kepada) 1,336 (pemohon) dan dibayar sebanyak RM600 sebulan untuk tiga bulan," katanya pada sesi Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) yang mahu tahu faedah diperoleh pencarum SIP. - Bernama