Menurut portal itu, Chee Hean ditemui media semasa melawat ke Loji Reklamasi Air Changi di sini hari ini.

Beliau telah ditanya sama ada Malaysia telah menghubungi Singapura secara rasmi mengenai isu air dan sama ada Singapura mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Jawapan Chee Hean adalah "tidak' dan Timbalan Perdana Menteri Singapura itu tidak mengulas lanjut, kata laporan itu.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah beberapa kali menyatakan hasrat Malaysia untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dan kemungkinan menaikkan harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura sebanyak lebih daripada 10 kali ganda. - Bernama