Profesor di Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antara­bangsa, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid berkata, selain parti politik, pandangan rakyat terhadap institusi sosial juga semakin berkurangan.

“Mentaliti masyarakat Malaysia yang se­ring bersikap skeptikal serta­ was-was terhadap pe­mimpin politik juga mempe­ngaruhi keyakinan rakyat selain peranan media tempatan dalam melaporkan sesuatu isu berkaitan.

“Pengundi juga mudah terpengaruh de­ngan laporan yang disiarkan oleh pengamal media. Sekiranya laporan itu menceritakan sesuatu yang negatif maka pandangan rak­yat terhadap parti terbabit juga berubah,” katanya pada Forum Media dan Komunikasi Menjelang PRU-14 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia di Hotel Novotel di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.