Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali  berkata, ini kerana Malaysia baru sahaja selesai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

“Itu salah satu kemungkinan. Harapan rakyat hari ini adalah untuk tumpu pada pembangunan negara dan memulihkan ekonomi.

“Kita perlu lihat statistik yang mengundi. Sudah tentu langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan penyertaan rak­yat dalam mana-mana pilihan raya itu pada tahap yang lebih tinggi kerana kita mahu proses demokrasi lebih subur dan matang,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadiri Majlis Kenduri Rakyat sempena ijab kabul anak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.