Dalam serbuan pukul 4 petang itu turut menahan seorang anggota sindiket berusia 30-an.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, kejayaan itu hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya selama dua minggu terhadap aktiviti sindiket yang menjadikan premis tanpa bernombor di lokasi tersebut sebagai markas mereka. 

Katanya, semasa serbuan dilakukan didapati seorang suspek sedang menyaring gas bersubsidi ke dalam tong gas industri. 

"Kita berjaya merampas sejumlah 117 tong berkapasiti 14 kilogram (kg) dan 34 tong berkapasiti 50kg terdapat di dalam premis tersebut. 

"Nilai kesemua tong yang disita termasuk sebuah lori dianggarkan RM50,000 ," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, berdasarkan siasatan mendapati sindiket itu telah bergiat aktif sejak enam bulan lalu dengan modus operandi mereka berpindah-randah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa. 

Azman menjelaskan, kesemua tong LPG sindiket itu akan diedarkan sekitar Lembah Klang termasuk di kedai makan. 

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga RM1juta atau kedua-dua sekali", katanya. - K! ONLINE