Turut dirampas adalah pelbagai jenis dadah iaitu 28.1 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 1.6kg syabu dan 6,690 biji pil Yaba, wang tunai, kenderaan mewah dan barang kemas.

Pihak polis turut berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam berusia antara 29 hingga 52 tahun.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, berdasarkan risikan dan maklumat polis, Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman melakukan lima serbuan berĀ­asingan di sekitar Lembah Klang selama kira-kira tiga jam bermula pukul 7.30 malam.

Katanya, tangkapan seorang suspek lelaki yang dijalankan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur pada pukul 7.30 malam membawa kepada penemuan sebuah makmal mini dadah yang berĀ­operasi di sebuah kondominium di Taman Templer, Rawang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.