Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan ke atas beberapa premis hasil risikan selama dua bulan itu menahan warga asing berumur antara  25 dan 50 tahun dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Filipina serta seorang lelaki rakyat tempatan.

Beliau berkata, sindiket tersebut berselindung di sebalik pelbagai jenis syarikat yang ditubuhkan bagi  membekalkan pekerja asing kepada majikan lain itu, selain turut membuat keuntungan atas angin dengan bayaran RM3,000 hingga RM5,000 setiap pekerja. 

 "Sindiket ini diketuai warga Bangladesh berumur  50 tahun dan hasil siasatan mendapati beliau membuka beberapa syarikat berkaitan tekstil, pembinaan dan pembersihan bagi mengaburi kegiatan jenayah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustafar berkata, dengan bayaran setiap dokumen yang dipalsukan bernilai sekitar RM1,000 sehingga mencecah US$10,000, pihaknya percaya sindiket tersebut menjana keuntungan haram mencecah jutaan ringgit. - Bernama