Dalam serbuan pukul 9.35 pagi, lima suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun diberkas bersama lima bagasi yang memuatkan kesemua dadah tersebut.

Pengarah JKDM, Datuk T. Subromaniam berkata, tangkapan dilakukan selepas melihat gerak-geri suspek yang mencurigakan dan cubaan mereka untuk meloloskan diri ketika pemeriksaan terhadap bagasi dilakukan pihak kastam.

“Kesemua suspek tiba di Sandakan melalui penerbangan domestik AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Ketika melalui balai ketibaan, pihak kastam telah bertindak melakukan pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawa suspek. Belum pun sempat beg diperiksa, kesemua mereka bertindak melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.