Serbuan pukul 5.35 petang itu turut menahan tiga suspek berusia 28 hingga 34 tahun. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, berdasarkan siasatan awam mendapati mereka menjadikan bilik belakang rumah tersebut sebagai markas pembungkusan dadah. 

Katanya, sindiket ini didapati aktif sejak dua tahun lalu dengan lokasi pengedaran sekitar Sekinchan dan Sungai Panjang. 

"Selain dadah itu, turut dirampas adalah dua alat timbang elektronik dan sejumlah peket plastik lutsinar kecil dipercayai digunakan suspek bagi membungkus dadah untuk dijual kepada penagih lain. 

"Kita turut menyita sebuah kereta jenis Honda Odessey, enam telefon bimbit pelbagai jenis dan lima utas jam tangan pelbagai jenis bernilai RM60,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 (Akta 340)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut Nor Azmi, hasil ujian saringan  mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine. 

Beliau menambah, semakan lanjut turut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik. 

"Mereka kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - K! ONLINE