Beliau menegaskan semua pihak termasuk pemegang tauliah mengajar agama perlu menghormati undang-undang serta sensitiviti, kepelbagaian kaum dan bangsa di negara ini.

"Ada undang-undang, kena hormat, kita semua terikat. Jangan lupa juga kepelbagaian agama, bangsa kerana kita ada orang Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban dan lain-lain lagi. Jangan cakap seolah-olah mereka ini tiada (ketika mengajar agama)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muzakarah Perdana Pemegang Tauliah Mengajar Agama di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. - Bernama