Anggota Parlimen Sekijang, Anuar Abd. Manap berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Parlimen hari ini.

Persidangan itu akan dirasmikan pada 5 Mac nanti, katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan persidangan kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum dan yakin ia akan digunakan sepenuhnya oleh anggota parlimen untuk mengetengahkan isu-isu semasa termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya. - Bernama