Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor telah memerli Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Wildred Madius Tangau dengan melabel beliau sebagai individu 'melompat'

Sindiran itu dilemparkan ketika Hajiji mengajukan soalan mengenai sasaran Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dalam mewujudkan sebanyak 600,000 peluang pekerjaan pada tahun 2023 seperti diumumkan. 

"Soalan ini untuk kawan (Madius) saya yang melompat ke sebelah sana. Adakah sasaran kementerian untuk mewujudkan 600,000 peluang pekerjaaan ini satu lagi janji indah khabar dari rupa kerajaan?."

Kurang senang dengan lawak sinis terbabit, Madius lantas bersuara supaya parti UMNO segera pulang ke Semenanjung lalu menyebabkan suasana di dalam dewan bertukar kecoh sehingga terpaksa ditenangkan Timbalan Speaker DUN Sabah, Ahmad Abdul Rahman.

Hajiji kemudiannya bangkit mencelah dan menyatakan Madius tidak berhak mengaitkan UMNO dalam perkara tersebut

"Sepatutnya, Madius hanya menjawab soalan yang diajukan bukannya menyentuh hal UMNO.

"Jika bukan ahli UMNO yang mengundi di Parlimen Tuaran maka dia pasti kalah," tegas Hajiji kepada Timbalan Speaker. - K! ONLINE