Shukri tiba di Menara IIham pada pukul 10.40 pagi dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana dan diiringi dua buah kende­raan jenis Proton Preve dan Subaru Fo­rester.

Selepas kira-kira 45 minit, Shukri dilihat keluar dari pekarangan Menara ­Ilham. Bagaima­napun, beliau enggan bertemu pengamal media yang menunggu di pekarangan menara tersebut.

Kelmarin akhbar dan portal melaporkan Tun Daim akan bertemu SPRM susulan siasatan pihak beliau mendapati sekurang-kurangnya terdapat transaksi 91 plot tanah yang meragukan ketika di bawah pemerintah kerajaan terdahulu. Siasatan tersebut sudah dihantar ke SPRM.

Daim mendedahkan perkara itu ketika berucap pada satu majlis bersama penduduk Parlimen Titiwangsa pada Selasa lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.