Shopee dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah melakukan siasatan terperinci terhadap semua produk yang terdapat di platform tersebut dan mendapati tiada pil menggugurkan janin dijual.

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan nyawa pengguna kami dan rakyat Malaysia secara umum.

“Kami telah mengambil langkah segera dengan melakukan siasatan mendalam terhadap semua produk dan mengesahkan barangan tersebut tidak pernah dijual di platform kami,” katanya.

Sementara itu, Shopee menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti meragukan di platform tersebut untuk memaklumkan pihaknya di [email protected] atau hubungi talian 03-2777 9222. – K! ONLINE