Ketua Perniagaan Shopee Malaysia, Zed Li berkata, kempen yang bermula dari 19 Ogos sehingga 9 September 2019 itu akan menawarkan pelbagai diskaun dalam seluruh kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oreal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, Realme dan Nestle.

"Bagi menggalakkan lagi penggunaan e-dagang, Shopee menurunkan perbelanjaan minimum bagi perhantaran percuma kepada RM9.

"Kami juga berharap dengan kempen ini, kami dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjimatkan wang mereka, terutamanya pada barangan keperluan," katanya pada majlis pelancaran kempen itu di sini, hari ini. 

Kempen '9.9 Super Shopping Day' yang berlangsung selama tiga minggu itu kan menampilkan promosi dan hiburan serta keistimewaan eksklusif termasuk tawaran 'Shocking Sale' sembilan kali sehari daripada harga serendah RM1, dan 'RM9.90 Super Voucher Pack', di mana pengguna membayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, Grab dan banyak lagi.

Bagi maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, boleh layari laman web Shopee di https://shopee.com.my/m/99. - Bernama