Pengendali platform beli-belah dalam talian, Shopee Malaysia (Shopee) dalam satu kenyataan hari ini mengatakan, pelbagai barang ditawarkan dengan harga runtuh serendah RM1.

"Pelbagai barangan terbaik seperti Samsung Galaxy A70, mesin kopi Nescafe, komputer riba HP, Sharp Smart UHT TV 45” dan jam tangan Fossil boleh menjadi milik anda dengan hanya RM1. Anda hanya perlu menyemak kalendar harian bagi tawaran RM1 di Shopee," jelas kenyataan itu.

Bagi peminat barangan elektrik pula, Shopee menawarkan, harga terendah untuk kelengkapan sukan, peralatan rumah dan banyak lagi pada harga terendah di pasaran.

"Jika anda mendapati barangan serupa yang lebih murah di luar Shopee, ciri Pasti Murah:
Electronics, Lowest Price Guaranteed Shopee
akan memastikan anda mendapat ganjaran
120 peratus daripada perbezaan harga," jelas kenyataan itu.

Shopee menambah, pembeli akan mendapat lebih nilai untuk wang anda apabila menggunalan Shopee Coins, potongan baucer dan baucer penghantaran percuma apabila berbelanja lebih RM40.

Bagi mengikuti lebih lanjut dan menikmati tawaran hebat daripada Shopee Men’s Sale, kunjungi https://shopee.com.my/m/mens-sale .