Antaranya ialah jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia, promosi Beli 1 Percuma 1 bagi jualan tiket perlawanan bola sepak tempatan dan Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia yang menawarkan baucar tunai bernilai sehingga RM500,000.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, kempen tersebut akan menggabungkan kemeriahan Piala Dunia dengan saingan arena bola sepak tempatan.

"Bukan selalu kita dapat menyaksikan Piala Dunia serentak dengan Shopee Piala FA Malaysia, sebab itu kami melancarkan Kempen Demam Bola ini untuk menyemarakkan minat mendalam terhadap bola sepak.

"Hasrat kami adalah meningkatkan aliran pendapatan bagi kelab bola sepak Malaysia dengan memberi sokongan terhadap Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi jualan tiket dan cenderahati di platform kami," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sepanjang tempoh kempen berkenaan, orang ramai turut ditawarkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di platform Shopee. - K! ONLINE