Sebanyak lapan model Ferrari ditawarkan secara eksklusif di semua stesen Shell di seluruh negara sepanjang tempoh kempen berkenaan dan ia dikeluarkan khas sempena ulang tahun ke-70 Ferrari.

Pelanggan hanya perlu membeli minyak serendah RM30 di stesen Shell dalam satu resit untuk membeli model-model ikonik itu pada harga promosi RM15.90 setiap satu.

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain berkata, kempen koleksi kereta Shell telah bermula sejak 1 Julai dahulu dengan dua model ikonik iaitu Ferrari 488 Spider dan model Ferrari Daytona (Ferrari 365 GTB / 4) pada minggu pertama kempen.

Katanya lagi, setiap dua minggu, Shell akan mengeluarkan dua model lain seperti Ferrari Testa Rossa, Ferrari 430 Scuderia, Ferrari 250 GTO, Ferrari 288 GTO, Ferrari F50, dan tentu saja, Ferrari SF71H; kereta Formula One Ferrari yang terkenal.

"Pelanggan kami sentiasa mendapat tempat di hati kami dan kami sentiasa mencari cara bagaimana menjadikan perjalanan kehidupan mereka lebih baik.

"Dengan koleksi edisi terhad lapan model Ferrari ini, kami ingin memberi semangat untuk mengumpul, bermain dan mencipta lebih banyak kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Shell turut memaklumkan bahawa dengan pembelian pek Shell Helix Ultra empat liter, pelanggan berpeluang mendapat model Trak secara percuma. Tanpa pembelian pek tersebut, harga model Trak tersebut adalah RM99.90 setiap satu.

Disamping koleksi kereta, Shell turut menawarkan rebat sebanyak RM5 apabila pelanggan membelanjakan seminimum RM50 dengan penggunaan Touch N Go, manakala 5 peratus kembali tunai disediakan dengan perbelanjaan terkumpul seminimum 3 kali yang bernilai RM150 melalui penggunaan Kad Debit Maybank.

Selain itu, Shell turut menganjurkan Galeri ShellVroom di lokasi terpilih iaitu di Sunway Pyramid (11-14 Julai 2019) dan Paradigm Mall Johor Bahru (19-21 Julai 2019). - K! ONLINE