Syarikat dana pelaburan strategik milik kerajaan itu dalam satu kenyataan berkata, Shahril Ridza, 48, me­rupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan telah memegang jawatan itu sejak 16 April 2013.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP.

Sebelum menyertai KWSP, Shahril Ridza merupakan Pe­ngarah Urusan Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) yang bertanggungjawab membangunkan KL Sentral sebagai salah satu pusat komersial utama di negara ini.

Beliau juga pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. yang terlibat dalam pemulihan korporat dan penstrukturan semula kredit berikutan krisis kewa­ngan Asia pada tahun 1997.

Selain itu, Shahril Ridza juga merupakan ahli Lembaga Pe­ngarah Bukan Eksekutif di Media Prima Bhd, Malaysia Building Society Bhd (MBSB), Pengurusan Danaharta Nasional Bhd., Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) dan IJN Holdings­ Sdn Bhd.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.