Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, Media Prima, MBSB dan MRCB memaklumkan perletakan jawatan tersebut disebabkan beliau tidak lagi menjadi penama dalam Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

MBSB turut mengumumkan Pengarah Bank MBSB, Dr. Tunku Alina Raja Muhd Alias dilantik semula daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif kepada Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Mohd. Nasir Ahmad berkata, Shahril yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun di Media Prima, menunjukkan dedikasi yang tinggi terhadap kumpulan itu, selain memberikan bimbingan yang tidak ternilai kepada pasukan pengurusan. - Bernama