Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pada program Santai BBQ di sini malam tadi.

Mohamed Azmin pada masa sama turut mendoakan agar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan itu segera sihat kerana semua penyakit ada ubat.

"Saya harap kita terus mendoakan beliau agar segera sembuh yang kini sedang berada di rumah dan sedang berehat," katanya yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika ditanya mengenai perkara tersebut memberitahu, beliau kurang pasti tentang keadaan Shaharuddin yang dikatakan sedang kritikal berikutan tiada maklumat berkenaannya.

"Bagaimanapun, ketika mesyuarat Exco terakhir baru-baru ini, beliau ada mengatakan tidak sihat," ujarnya.

Sebuah portal melaporkan Shaharuddin kini sedang tenat dan menderita sakit kanser kolon. - K! ONLINE