Scomi dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Sammy Tse Kwok Fai telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baharu menggantikan Shah Hakim.

Kwok Fai memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Geografi dan Geologi daripada University of Hong Kong dan Sarjana  Pengurusan Perniagaan daripada Chinese University of Hong Kong.

Beliau merupakan Ahli Felo The Institute of Directors, United Kingdom, dan Hong Kong Institute of Directors. - Bernama