“Dalam operasi yang dijadualkan berlangsung selama sembilan hari dari 31 Januari hingga 8 Februari ini, kami berjaya menakai dua buaya besar berukuran 3.7 meter dan 2.6 meter dalam hanya empat hari operasi,” katanya  dalam kenyataan yang dikeluarkan SFC di sini hari ini.   

Beliau berkata, 13 perangkap mata kail dan umpan dipasang di kawasan sepanjang enam kilometer sungai itu dan dua buaya akhirnya memakan umpan itu.  

“Buaya itu ditakai berhampiran lokasi serangan terakhir buaya dilaporkan di kawasan itu dan bangkai dua reptilia itu akan ditanam,” kata kenyataan itu.  

Pada 3 Januari lepas, dilaporkan seorang remaja Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, diserang seekor buaya ketika memancing di tebing sungai itu. Selepas dua hari, mayatnya ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki. - Bernama