Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK), PH bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Ean Yong Hian Wah berkata, kerjasama itu sekali gus membuktikan apa yang dikatakan MCA untuk menolak cita-cita Pas itu merupakan satu pembohongan yang besar.

“Malam tadi, (semalam) Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ber­ucap di pentas MCA untuk menyokong calon MCA, Tan Chee Teong. Ini jelas menunjukkan MCA sudah kerjasama dengan Pas.

“Jadi apa yang dikatakan MCA selama ini untuk menolak cita-cita Pas bagi mewujudkan sebuah negara teokratik adalah satu pembohongan,” katanya pada sidang akhbar di lobi DUN Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.