Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendedahkan perkara itu berkata, ibu bapa terbabit sepatutnya tidak perlu melibatkan campur tangan pihak berkuasa kerana kes tersebut sebenarnya kecil sahaja.

Menurutnya, langkah yang lebih baik adalah ibu bapa mengadakan rundi­ngan dengan pihak sekolah dalam menyelesaikan sebarang masalah melibatkan anak-anak mereka.

“Saya kesal dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang membuat laporan polis dan guna peguam hanya untuk perkara yang dianggap remeh dan kecil seperti guru mendenda, memarahi serta merotan tanpa mencederakan anak mereka kerana kesalahan disiplin, katanya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.