Namun katanya, takdir menemukan mereka semula dengan satu hasrat iaitu untuk menyelamatkan negara daripada keruntuhan.

"Sejarah menunjukkan perseteruan saya dengan Mahathir paling sengit tetapi Allah takdirkan kita muafakat semula untuk kepentingan negara.

"Saya bersyukur walaupun deritanya lama. Kalau saya nyanyi di penjara semua lagu-lagu derita.. lagu kegemaran termasuk 'Release Me'," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengimbau tarikh 2 September 1998 yang mana esok genap 20 tahun beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.  - Bernama