Menurut pemerhati bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra, kedua-dua pemain itu, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang, telah pun berada di sini.

Chandra, yang ditemui Bernama di hotel tempat berlangsungnya sesi pendengaran itu, berkata sesi berkenaan akan bermula pada 10 pagi dan dijangka berlangsung sepanjang hari.

Selain menjadi anggota majlis BAM, Chandra juga merupakan anggota utama bagi jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan induk itu.

Chandra berkata Singapura dipilih sebagai lokasi sesi pendengaran itu semata-mata kerana ia merupakan venue neutral dan tiada aktiviti mengatur perlawanan membabitkan kedua-dua pemain badminton itu berlaku di republik ini. - Bernama