Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, tabung bantuan akan dilancarkan bagi membantu murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia itu.

Menurutnya, tabung berkenaan akan dilancarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) negeri.

"Tabung ini bertujuan untuk membantu Irfan mendapat kepakaran luar bagi mengenalpasti penyakit yang dihidapi dan apakah rawatan terbaik yang boleh diberikan.

"Setelah mengenalpasti rawatan yang perlu, kami jangka ia akan dapat dilaksanakan selepas peperiksaan  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang dijadualkan pada September ini," katanya.

Irfan Wafiy merupakan mangsa pencemaran Sungai Kim Kim yang paling lama dirawat di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru iaitu kira-kira 10 hari dan insiden itu seakan-akan meragut kehidupan normalnya dan masa depannya. - K! ONLINE