Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Johor, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, enam murid yang masih menerima rawatan terdiri daripada pelajar perempuan Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang berusia antara sembilan hingga 10 tahun.

"Sehingga pukul 6 petang semalam, seramai 15 pesakit mendapatkan rawatan di HSI terdiri daripada 13 pelajar sekolah agama dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 serta dua pesakit dewasa iaitu kakitangan sekolah.

"Daripada 13 pelajar itu, enam masih menerima rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Operasi Pemantauan di Stadium Tertutup Pasir Gudang di sini hari ini.

Mohd. Khuzzan berkata, pasukan terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih membuat pemantuan di Pasir Gudang sejak semalam meliputi kawasan radius dua kilometer dari kawasan sekolah. - K! ONLINE