Serbuan pada pukul 10 malam itu turut menemui sebuah televisyen 32 inci yang dipercayai barangan curi dan satu kelopak peluru Glock 18C Austria.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, serbuan berkenaan menyasarkan dua suspek kes curi motosikal dan pecah rumah yang aktif melakukan jenayah berkenaan di sekitar bandar Chukai di sini sejak tiga bulan lalu.

"Serbuan itu berjaya memberkas kedua-dua lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 26 dan 35 tahun sebelum merampas beberapa barangan termasuk sepucuk pistol tiruan berkenaan.

"Soal-siasat awal kedua-dua suspek mendakwa pistol tiruan yang berada dalam simpanan mereka itu milik seorang rakan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Hanyan berkata, mereka ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. - K! ONLINE