Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu seramai 25  penduduk ditempatkan di Masjid Attaufiqiyah Desa Coalfields, Kuala Selangor; Dewan Serbaguna Flat Cempaka, Klang (23) dan 16 lagi mangsa di Surau Nurul Sham, Kebun Baharu, Kuala Langat.

"Terdapat pertambahan seorang mangsa di Masjid Attaufiqiyah iaitu 25 orang berbanding pagi ini 24 orang daripada sembilan keluarga.

"Setakat pukul 6.00 petang, unit bencana juga tidak menerima sebarang laporan mengenai air pasang besar yang melanda di sekitar negeri ini," menurut kenyataan itu hari ini.

Fenomena air pasang besar yang dijadual berlaku mulai Isnin lepas, dijangka berakhir petang ini. - Bernama