Kedua-dua mangsa yang hanya dikenali sebagai Alias dan Ina itu ditemui pada pukul 1.10 petang dalam keadaan berpelukan kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan tiga mangsa yang selamat pagi tadi.

Difahamkan Alias, 35, telah dikeluarkan dari lokasi kejadian pada pukul 2.07 petang manakala Ina, 40, dibawa keluar lima minit kemudian. 

Kedua-dua mayat kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur di sini untuk proses bedah siasat. - K! ONLINE