Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebagai dua pengeluar utama komoditi itu, Malaysia dan Indonesia perlu be­kerjasama melawan kempen yang dijalankan Eropah memburukkan industri negara.

“Eksport minyak sawit kini diancam oleh Eropah dan kita perlu bersama me­lawan hujah mereka kononnya banyak hutan ditebang yang memberi kesan besar kepada cuaca dan alam sekitar,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Pre­siden Indonesia, Joko Widodo di Istana Pre­siden Bogor di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.