Dalam satu kenyataan, Malaysia Airports berkata, kakitangan itu telah menjalani pembedahan dan akan menerima penjagaan perubatan terbaik manakala penumpang dan kru pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera dalam insiden pada 3.20 pagi itu.

"Inisiden itu mula sekali telah dilaporkan kepada pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang  yang tiba di tempat kejadian pada pukul 3.21 pagi," kata kenyataan itu.

Insiden itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas disebabkan kerja-kerja membersihkan serpihan di lapangan terbang akibat kemalangan tersebut. 

Bagaimanapun, operasi penerbangan kembali pulih bermula dari pukul 9 pagi, kata Malaysia Airports. - Bernama