Dalam kejadian kira-kira 1.05 petang itu, ketiga-tiga wanita tersebut difahamkan berada di rumah kebajikan bagi menghantar barang-barang keperluan kepada anak-anak yatim di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, bayi lelaki tersebut berada dalam keadaan yang baik dan tiada kesan luka dijumpai pada mana-mana bahagian tubuh bayi berkenaan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Polis USJ 8 di talian 03-7862 7222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi. - K! ONLINE