Senna, 24, mengungguli perlumbaan bagi kategori Rotax DD2 (Senior) menewaskan pencabarnya Eshan Pieris dan Benson Lin masing-masing dari Sri Lanka dan Taiwan dengan catatan masa 18 minit 41.48 saat .

Eshan menduduki tempat kedua manakala Benson menperoleh tempat ketiga sekaligus membawa pula trofi yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Hadir sama dalam majlis penyampaian hadiah itu ialah Presiden Permotoran Integrasi Malaysia, Ezzat Tahir.

Sementara itu, kategori Rotax DD2 (Veteran), tempat pertama dimenangi oleh pelumba dari Singapura, Lee Ling Nien dengan catatan masa 18 minit 44.57 saat menewaskan dua pelumba senegaranya, Peter Chua Peng Chew serta Khoo Bang Koon Leow masing-masing memperoleh tempat kedua dan tempat ketiga. - K! ONLINE