Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, bekalan air dijamin pulih sebaik kerja-kerja pembaikan siap.

Katanya, ketika ini sebanyak 563,622 akaun pengguna terjejas ekoran masalah tersebut.

Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan melalui 10 pasukan kontraktor yang telah dilantik susulan insiden letupan sistem mampatan udara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang meng­akibatkan lima batang paip sistem bersaiz 1,100 milimeter rosak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.