Kegiatan haram itu terbongkar apabila rumah kongsi tersebut diserbu oleh sepasukan pegawai dan anggota imigresen yang membuat operasi di kawasan tanah rancangan tersebut pada pukul 10.30 malam.

Mereka kemudian telah memaklumkan kepada polis mengenai penemuan tersebut sebelum satu pasukan khas diketuai Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad membuat pemeriksaan di rumah kongsi berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pemeriksaan menemui selaras senapang angin berserta peluru bebola besi.

“Pemeriksaan lanjut menemui selaras lagi senapang angin yang sedang dalam proses pembuatan serta peralatan untuk membuat senjata berbahaya itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.