Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Leret A dekat sini, Zuhainun Salim, 54, berkata, anaknya, Mohamad Haziq Ishak, 17, menemui anak kucing yang dipercayai dilanggar itu di simpang empat dekat Pekan Serdang dan memberi haiwan itu makan dan minum.

Lebih menyayat hati apabila arwah yang sudah berhenti sekolah sejak tiga tahun lepas, memberitahu ibunya dia mahu menanam kucing itu sekiranya haiwan itu mati sebelum arwah keluar dari rumah bersama rakannya kira-kira pukul 10 malam.

"Saya kemudian mendapat mesej daripada adik kepada kawan dia yang memaklumkan arwah tertimbus dalam runtuhan jambatan tersebut bersama rakannya dan saya terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Sewaktu anggota penyelamat mengeluarkan mangsa, saya lihat arwah masih memakai topi keledar dan dalam hati saya berkata, saya perlu reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya yang menyifatkan arwah seorang anak yang sangat prihatin, penyayang dan peramah. - Bernama