Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, kejadian pertama pada pukul 6.20 petang di Kerdau, Temerloh mengakibatkan dua rumah mengalami kerosakan.

Tambah beliau, tujuh lagi rumah di Taman Perdana Raya dan Taman Permai dekat Karak, Bentong turut mengalami kerosakan semasa kejadian pukul 8 malam tadi. - K! ONLINE